Thursday, March 4, 2010

Destinasi Cinta 2

Salam Destinasi.. banyak yang berlaku seminggu yang berlalu.. ingatkan boleh update selalu, susah jugak ek.. banyak tanggungan..

16 Feb 2010

Program Semanis Ukhuwwah anjuran MGP N. Sembilan. Alhamdulillah dapat hadir merasmikan program tu, dapat bertemu dengan cikgu2 PASTI yang selalu saya sebut "pejuang barisan hadapan".. agak segan jugak kerana terpaksa buat majlis perasmian depan KP, TKP dan SU DPPNS dan SU DMPNS.. tima kasih banyak2 kat mereka atas sokongan tak berbelah bahagi terutama kat KP.. best la KP..

seperti biasa.. masih gagal menyediakan kertas catatan untuk ucapan tu.. tak tau la, memang Allah nak suruh bercakap dari hati kot.. apa yang saya dah cakap ek.. aduhai banyak cakap tentu banyak dosakan.. Ya Allah ampunilah hamba-Mu yang daif ini...

Apa yang pasti cakap tentang pengorbanan cikgu yang setiap hari berkorban demi Islam dan pendidikan Islam, lepas tu hujung minggu kena ikut kursus, program dan banyak lagi.. elaun tak seberapa tapi kerejo eh MasyaAllah.. Wahai guru-guru budiman sekelian, jangan lupa tau, tuntut kat yang Maha Kaya baki elaun tu tau.. (dan jangan saya jugak ye, dapat syafaat sikit2 pun jadi le)

Lepas tu cakap apo lagi ek.. ooo bab serendah-rendah ukhuwwah ialah berbaik sangka.. ha ingat tu nazri.. cikgu jugak.. kalu masih berburuk sangka, maknanya kita masih di tahap PASTI.. jauh sekali nak poi ambik BA atau MA.. takpolah pelan2 k..

Akhirnya raso-raso eh ado buek janji ngan cikgu2 ni.. sebelum ditakdirkan tak bersama PASTI lagi saya kena buat sesuatu untuk cikgu-cikgi ni.. nak buek apo ek.. GAHARU ke, macam susah jo, takpo demi kebajikan cikgu-cikgi ni, saya akan jadikan sebagi keutamaan saya sebelum tertukar jawatan ni.. doakanlah yo, kok gagal jugak, pohon ampun dan maaf yo, kerano kita boleh rancang macam2, Allah yang menentukan betul tak? betul kan kan kan.. ni pun baru 5, 6 helai baco buku GAHARU karangan bekas PJ kito.. kono khatam segera ni..

tu yo kot.. lopeh tu copek2 nak ke Shah Alam.. AKP menunggu dan aku masih tertunggu-tunggu.

0 comments:

Post a Comment