Thursday, April 1, 2010

Pameran PASTI




Wednesday, March 31, 2010

PASTI N. Sembilan kini di Facebook. sila add ye.. makluman terkini semua ada di sana di sana di sana

Sambutan Jubli Perak

Salam Destinasi..
Alhamdulillah semuanya selamat berjalan dengan jayanya.. semoga terus mendapat rahmat-Nya.. terima kasih pada semua.. dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah yang telah disediakan demi untuk kesinambungan PASTI..

PELAJAR UNIT TERBAIK
88 ORANG (44 Unit)

PELAJAR KAWASAN TERBAIK
14 ORANG (7 Kawasan)

ANUGERAH JASAMU DIKENANG (PENGURUS-PENGURUS UNIT)
44 Unit PASTI N. Sembilan 2009

ANUGERAH JASAMU DIKENANG (PENGERUSI-PENGERUSI KAWASAN)
Seremban - Ustaz Mohd Azwan Rosdi
Rasah - Ustaz Ramzi Abdullah
Rembau - Ustaz Ghazali Yunus
Tampin - Cikgu Mohamad Aspari
Kuala Pilah - Sdr Zarul Izham
Jempol - Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa
Telok Kemang - Sdr M Hafiz Sarjono
Jelebu - Cikgu Khairul Azidi Ishak

TOKOH JUBLI PERAK KAW & MGP
Seremban - Sdr Mohd Ali Osman
Telok Kemang - Sdr Jefri Omar
Tampin - Cikgu Mohamad Aspari
Kuala Pilah - Norhayatimah Mat Lazim
Jempol - Haji Jaafar Abd Halim
MGP - Rosenadiah Zainuddin

PENGURUSAN KEWANGAN KAWASAN TERBAIK
Seremban

PENGURUSAN KAWASAN TERBAIK
Kuala Pilah

ANUGERAH KHAS
Ustaz Mustaffa Daharun
Sdr Syazwan Mohd Zulkaply
Tuan Haji Fuad Abd Rahman

ANUGERAH KHAS PENGARAH
Dr Ahmad Bayu
Abd Karim Shahimi Abd Razak

PELAJAR TERBAIK NEGERI
6 Tahun : Aina Hafizatunnur bte Muhd Rafi (Jempol)
5 Tahun : Adri Zakiah bte Zulkarnain (Kuala Pilah)

TOKOH JUBLI PERAK NEGERI
Sdr Zainal Othman (Rembau)

TOKOH SEPANJANG ZAMAN
Tuan Haji Daud Muda Rashid
Ustaz Mohd Nazri Yusof

Tuesday, March 23, 2010

Kenapa DESTINASI CINTA??


Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan dan amat serasi, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam bercinta ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila hubungan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Monday, March 22, 2010

9 Siti yang patut dicontohi

Kepada cikgu2 PASTI, saya layarkan artikel ini buat kalian.. pilihlah yang mana satu pilihan hati dan yang kena dengan jiwa..
(Siti asal dari kalimah Saidati)

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Salam Destinasi...

Salam Perjuangan..
Banyak perkara yang berlaku seminggu dua ni.. pelbagai tawa dan tangis.. pelbagai kenangan dan memori terpahat..

Pertama saya ingin ucapkan jutaan tahniah dan alfu mabruk:\
1. Kelahiran cucu pertama kak Yati, pengerusi MGP NS
2. Kelahiran anak yang ke5 buat pengurus PASTI Al-Amal (juga merupakan anak buah saya yang entah ke berapa.. ke 50 kot..)
3. Kelahiran anak cikgu Linda (PASTI Al-Mustaqim) yang juga merupakan isteri kepada abng Rosman (Timbalan Pengarah PASTI NS)
4. Kejayaan cikgu Armi and the geng (Aqil, Khairul Azmi, Anuar, Shahril dll) menganjurkan kursus multimedia buat pertama kalinya pada 20 Mac 2010. Kalian memang hebat!! cayalah..

Seterusnya takkan alpa untuk mengucapkan jutaan Takziah kepada:
1. Allahyarham Pakcik Madsom yang merupakan pengasas PASTI Fatimah Az-Zahra di Johol, Kuala Pilah. Baik sangat dengan dia.. huhuhu
2. Allahyarham datuk kepada Ustaz Mohd Fuad (Timbalan Pengarah PASTI NS) juga Ustaz Mohd Fairuz (Nazir PASTI NS) yang juga telah dijemput Ilahi..
3. Akhirnya, Allahyarham ayah kepada Cikgu Yusnita (ALP PASTI NS dan Cikgu PASTI Al-Islamiyah) atas pemergiannya menemui kekasihnya.

marilah sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada mereka, kita doakan semoga mereka mendapat yang terbaik di sisi Allah Taala. Amiin.

Tuesday, March 16, 2010

Sambutan Jubli Perak PASTI NS

MATLAMAT
- Meraikan perayaan Jubli Perak PASTI peringkat Negeri Sembilan
- Meraikan semua pihak yang berkorban untuk PASTI

PERLAKSANAAN
- Tarikh : 27 Mac 2010
- Hari : Sabtu
- Masa : 8.00 am - 12.30 pm
- Tempat : Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir.

TENTATIF PROGRAM
08.00 am - 08.30 am (Pendaftaran)
08.30 am - 10.00 am
Pertandingan Membaca Bahasa Melayu, Inggeris dan Jawi
Acara Khas Guru PASTI
10.15 am (Majlis Bermula )
10.15 am - 10.30 am (Persembahan Pelajar )
10.30 am - 10.45 am
Pengkisahan 25 Tahun PASTI N. Sembilan oleh Ustaz Mohd Nazri Yusof
10.45 am - 11.00 am
Ucap Tema PASTI N. Sembilan 25 tahun mendatang, Cabaran, Harapan & Kegemilangan oleh Mohd Nazri Zainuddin (Pengarah PASTI N. Sembilan)
11.00 am - 11.15 am (Ucapan Alu-Aluan )
Ustaz Khairil Anwar Mohd Wafa (Ketua DPPNS)
11.15 am - 11.30 am (Amanat Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan)
YBhg Haji Zilkefly Mohamad Omar
11.30 am – 11.45 am (Ucapan Perasmian)
Cikgu Azrin Abd Majid (Ketua Pengarah PASTI)
11.45 am - 12.30 pm (Majlis Penganugerahan)
1. Pelajar Terbaik PASTI Unit (74 orang)
2. Pelajar Terbaik PASTI Kawasan (14 orang)
3. Pelajar Terbaik PASTI Negeri (2 orang)
4. Pengurus Unit Terbaik (1 unit)
5. Pengurusan Kewangan Kawasan Terbaik (1 unit)
6. Pengurusan Kawasan Terbaik (1 unit)
7. Tokoh Jasamu Dikenang (44 orang > Pengerusi Unit) 2009
8. Tokoh Jasamu Dikenang (8 orang > 8 kawasan)
9. Tokoh Jubli Perak (8 orang > setiap kawasan + MGP
10. Anugerah khas (10 orang)
11. Tokoh Jubli Perak Negeri Sembilan ( 1 orang)
12. Tokoh Sepanjang Zaman (2 orang)

** tertakluk pada pindaan