Thursday, February 25, 2010

SEJARAH PASTI NEGERI SEMBILAN


Pada awalnya organisasi PASTI di N. Sembilan hanya bersifat 'setempat' iaitu ajk Penggerak Unit Kawasan Seremban. 'Pengerusi' kepada ajk penggerak PASTI di N. Sembilan (atau lebih tepat PASTI Kawasan Seremban) yang pertama ialah Mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan iaitu Cikgu Mansor Kaliwon (bermula sekitar 1985-86 sehingga sekitar 1988-89).

PASTI unit pertama telah beroperasi di rumah Al-Marhum Ustaz Ghazali Kadir (mantan Pesuruhjaya PAS N. Sembilan) di Gedong Lalang, Seremban (kemudiannya telah dipindahkan ke Sek Agama Rakyat, Gedong Lalang 162). Selepas perpindahan Cikgu Mansor ke Selangor, tugas mengetuai 'organisasi' PASTI (yang masih bersifat setempat) telah dijalankan oleh En Mohd Daud bin Muda Rashid dengan dibantu oleh Cikgu Yunus dan Cikgu Fuad Hj A Rahman.

Pengurusan PASTI Negeri Sembilan secara berstruktur seperti organisasi yang ada pada hari ini (iaitu di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan) hanya bermula pada sekitar tahun 1994. Pengarah PASTI Negeri Sembilan yang pertama adalah Ustaz Mustafa bin Daharun daripada Jempol. Beliau telah berjaya menstrukturkan PASTI dengan baik dan kerana jasanyalah PASTI berdiri megah pada hari ini.

Selepas hampir setahun kemudian, jawatan Pengarah PASTI N9 telah diamanahkan kepada Ust Mohd Nazri b Mohd Yusof sehingga 2006. Semasa mula memegang jawatan itu, hanya terdapat 3 PASTI Unit di Negeri Sembilan. Sejak itu, PASTI N. Sembilan tidak 'menoleh kebelakang lagi' dengan tertubuhnya lebih banyak cawangan di semua kawasan sehingga lebih 30 Unit.

Setelah beliau melepaskan jawatannya, En Mohd Shazwan Zulkefli telah meneruskan amanah sebagai Pengarah PASTI yang baru. Beliau telah memperkenalkan pengurusan yang bersistematik dan profesional. Beliau juaga telah memperkenalkan pemusatan pembekalan PASTI di peringkat negeri. Beliau mengakhiri jawatannya kerana berpindah ke Perak dengan jumlah PASTI 38 unit.

Penghujung 2008, Ustaz Mohd Nazri Zainuddin mengambil alih jawatan Pengarah, dan kini PASTI di seluruh Negeri Sembilan berjumlah 45 unit. Pada tahun 2010 PASTI telah bertambah lagi sebanyak 8 unit menjadikannya 53 unit di seluruh negeri. Mudah-mudahan PASTI N. Sembilan terus maju jaya.. InsyaAllah SWT..

Wednesday, February 24, 2010

Destinasi Cinta 1

SALAM PERKENALAN.. SALAM DESTINASI CINTA

1) Saya teringat ungkapan "Kekeruhan dalam jamaah, lebih baik dari kejernihan ketika bersendirian".

2) Bila berada dalam jamaah, kita tidak lari dari pelbagai masalah. Yang penting bagaimana kita mengurus masalah itu, agar ianya tidak menjadi beban untuk kita terus bergerak.

3) Di antara punca ahli gerakan Islam futur(tercicir) dalam perjuangan Islam, apabila tidak sanggup menghadapi masalah, tidak sabar dengan kerenah ahli yang ada, dan mengambil tindakan bersendirian tanpa merujuk keputusan jamaah.

4) Oleh itu, ukhuwwah perlu menjadi sebati dalam diri ahli gerakan Islam. Bila sahabat diumpat, sanggup menafikan umpatan yang tidak benar.

5) Serendah-rendah nilai ukhuwwah ialah bersangka baik, manakala yang paling hebat-al-Ithar, iaitu melebihkan diri sahabat berbanding dirinya sendiri.

6) Manis dalam berjuang apabila ahli gerakan Islam bersatu hati, tiada dengki dan khianat serta semua kerja dipikul bersama. Bahkan umpama madu, bila kesalahan diri dicerminkan oleh sahabat melalui nasihat yang berhikmah. Pahit dalam gerakan Islam ialah segala macam konflik dalaman dan apabila ada yang merasakan dirinya sempurna dan tidak boleh ditegur.

7) Kunci kepada istiqamah dalam perjuangan ialah sabar dan thabat di atas apa jua yang melanda, kerana pastinya setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya