Wednesday, March 31, 2010

PASTI N. Sembilan kini di Facebook. sila add ye.. makluman terkini semua ada di sana di sana di sana

Sambutan Jubli Perak

Salam Destinasi..
Alhamdulillah semuanya selamat berjalan dengan jayanya.. semoga terus mendapat rahmat-Nya.. terima kasih pada semua.. dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah yang telah disediakan demi untuk kesinambungan PASTI..

PELAJAR UNIT TERBAIK
88 ORANG (44 Unit)

PELAJAR KAWASAN TERBAIK
14 ORANG (7 Kawasan)

ANUGERAH JASAMU DIKENANG (PENGURUS-PENGURUS UNIT)
44 Unit PASTI N. Sembilan 2009

ANUGERAH JASAMU DIKENANG (PENGERUSI-PENGERUSI KAWASAN)
Seremban - Ustaz Mohd Azwan Rosdi
Rasah - Ustaz Ramzi Abdullah
Rembau - Ustaz Ghazali Yunus
Tampin - Cikgu Mohamad Aspari
Kuala Pilah - Sdr Zarul Izham
Jempol - Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa
Telok Kemang - Sdr M Hafiz Sarjono
Jelebu - Cikgu Khairul Azidi Ishak

TOKOH JUBLI PERAK KAW & MGP
Seremban - Sdr Mohd Ali Osman
Telok Kemang - Sdr Jefri Omar
Tampin - Cikgu Mohamad Aspari
Kuala Pilah - Norhayatimah Mat Lazim
Jempol - Haji Jaafar Abd Halim
MGP - Rosenadiah Zainuddin

PENGURUSAN KEWANGAN KAWASAN TERBAIK
Seremban

PENGURUSAN KAWASAN TERBAIK
Kuala Pilah

ANUGERAH KHAS
Ustaz Mustaffa Daharun
Sdr Syazwan Mohd Zulkaply
Tuan Haji Fuad Abd Rahman

ANUGERAH KHAS PENGARAH
Dr Ahmad Bayu
Abd Karim Shahimi Abd Razak

PELAJAR TERBAIK NEGERI
6 Tahun : Aina Hafizatunnur bte Muhd Rafi (Jempol)
5 Tahun : Adri Zakiah bte Zulkarnain (Kuala Pilah)

TOKOH JUBLI PERAK NEGERI
Sdr Zainal Othman (Rembau)

TOKOH SEPANJANG ZAMAN
Tuan Haji Daud Muda Rashid
Ustaz Mohd Nazri Yusof

Tuesday, March 23, 2010

Kenapa DESTINASI CINTA??


Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan dan amat serasi, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam bercinta ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila hubungan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Monday, March 22, 2010

9 Siti yang patut dicontohi

Kepada cikgu2 PASTI, saya layarkan artikel ini buat kalian.. pilihlah yang mana satu pilihan hati dan yang kena dengan jiwa..
(Siti asal dari kalimah Saidati)

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Salam Destinasi...

Salam Perjuangan..
Banyak perkara yang berlaku seminggu dua ni.. pelbagai tawa dan tangis.. pelbagai kenangan dan memori terpahat..

Pertama saya ingin ucapkan jutaan tahniah dan alfu mabruk:\
1. Kelahiran cucu pertama kak Yati, pengerusi MGP NS
2. Kelahiran anak yang ke5 buat pengurus PASTI Al-Amal (juga merupakan anak buah saya yang entah ke berapa.. ke 50 kot..)
3. Kelahiran anak cikgu Linda (PASTI Al-Mustaqim) yang juga merupakan isteri kepada abng Rosman (Timbalan Pengarah PASTI NS)
4. Kejayaan cikgu Armi and the geng (Aqil, Khairul Azmi, Anuar, Shahril dll) menganjurkan kursus multimedia buat pertama kalinya pada 20 Mac 2010. Kalian memang hebat!! cayalah..

Seterusnya takkan alpa untuk mengucapkan jutaan Takziah kepada:
1. Allahyarham Pakcik Madsom yang merupakan pengasas PASTI Fatimah Az-Zahra di Johol, Kuala Pilah. Baik sangat dengan dia.. huhuhu
2. Allahyarham datuk kepada Ustaz Mohd Fuad (Timbalan Pengarah PASTI NS) juga Ustaz Mohd Fairuz (Nazir PASTI NS) yang juga telah dijemput Ilahi..
3. Akhirnya, Allahyarham ayah kepada Cikgu Yusnita (ALP PASTI NS dan Cikgu PASTI Al-Islamiyah) atas pemergiannya menemui kekasihnya.

marilah sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada mereka, kita doakan semoga mereka mendapat yang terbaik di sisi Allah Taala. Amiin.

Tuesday, March 16, 2010

Sambutan Jubli Perak PASTI NS

MATLAMAT
- Meraikan perayaan Jubli Perak PASTI peringkat Negeri Sembilan
- Meraikan semua pihak yang berkorban untuk PASTI

PERLAKSANAAN
- Tarikh : 27 Mac 2010
- Hari : Sabtu
- Masa : 8.00 am - 12.30 pm
- Tempat : Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir.

TENTATIF PROGRAM
08.00 am - 08.30 am (Pendaftaran)
08.30 am - 10.00 am
Pertandingan Membaca Bahasa Melayu, Inggeris dan Jawi
Acara Khas Guru PASTI
10.15 am (Majlis Bermula )
10.15 am - 10.30 am (Persembahan Pelajar )
10.30 am - 10.45 am
Pengkisahan 25 Tahun PASTI N. Sembilan oleh Ustaz Mohd Nazri Yusof
10.45 am - 11.00 am
Ucap Tema PASTI N. Sembilan 25 tahun mendatang, Cabaran, Harapan & Kegemilangan oleh Mohd Nazri Zainuddin (Pengarah PASTI N. Sembilan)
11.00 am - 11.15 am (Ucapan Alu-Aluan )
Ustaz Khairil Anwar Mohd Wafa (Ketua DPPNS)
11.15 am - 11.30 am (Amanat Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan)
YBhg Haji Zilkefly Mohamad Omar
11.30 am – 11.45 am (Ucapan Perasmian)
Cikgu Azrin Abd Majid (Ketua Pengarah PASTI)
11.45 am - 12.30 pm (Majlis Penganugerahan)
1. Pelajar Terbaik PASTI Unit (74 orang)
2. Pelajar Terbaik PASTI Kawasan (14 orang)
3. Pelajar Terbaik PASTI Negeri (2 orang)
4. Pengurus Unit Terbaik (1 unit)
5. Pengurusan Kewangan Kawasan Terbaik (1 unit)
6. Pengurusan Kawasan Terbaik (1 unit)
7. Tokoh Jasamu Dikenang (44 orang > Pengerusi Unit) 2009
8. Tokoh Jasamu Dikenang (8 orang > 8 kawasan)
9. Tokoh Jubli Perak (8 orang > setiap kawasan + MGP
10. Anugerah khas (10 orang)
11. Tokoh Jubli Perak Negeri Sembilan ( 1 orang)
12. Tokoh Sepanjang Zaman (2 orang)

** tertakluk pada pindaan

Friday, March 5, 2010

Sukaneka PASTI Seremban 2010


Jom...

Thursday, March 4, 2010

Destinasi Cinta 4

Salam Destinasi.. Salam Saayang PASTI..

2 Mac 2010

Meeting Program Jubli Perak PASTI NS..
ALhamdulillah walaupun ada tetamu dari Johor nak jumpe lepas maghrib, sempat jugak sampai ke Batu Kikir untuk hadiri meeting Jubli Perak PASTI NS.. sebelum tu ni ha program dia;

Tarikh : 27 Mac 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 am - 12.30 pm
Tempat : Muassasah Darul Syariff..

petamo, tima kasih banyak2 kat ustaz Fuad kerana sanggup ambik amanah jadi pengarah daripada Zarul yang ada kesulitan.. meeting macam biasa, cuma apo yang pelik ye.. ye suasana meting tu.. seronok sungguh, terpancar nilai ukhuwwah yang sangat tinggi.. ceria, gumbira, seronok, best dan pantas.. keputusan mudah dicapai walupun banyak idea dan pandangan.. memberi dan menerima serta berlapang dada..

kan best kalau meting macam ni selalu.. merancang nak buat kerja.. muhasabah, muhasabah jugak, tapi kena banyakkan perbincangan nak buat keje.. betul tak?? hehe.. timo kasih kat semua yang hadir terutama yang otai2.. lupo laks nak ambik gambar.. kenangan ini terlalu indah.. percayalah.. suatu hari nanti pasti ia menggamit..

banyak kejo kena buat ni... malam sebelum tu hadir meting Jubli Perak PAS Jempol.. kena jadi orang kuat jugak.. Projek KAFFAH kono jalan jugak.. perbekalan PASTI tak settle lagi.. projek ekonomi belum start lagii.. kojo2 kek pejabat melambak2.. dateline dah berlanggar-langgar.. malam esoknya kena ejas program Maulidurrasul kat PASTI Al-Fadzil..

Ya Allah.. bantulah hamba-Mu ini.. tak larat rasanya.. kerdil rasanya.. aku merintih ya Allah.. aku merayu ya Allah.. kurniakanlah sekelumit kekuatan buat diri ini..

Destinasi Cinta 3

Salam Destinasi.. Salam Saayang PASTI..

27 Feb 2010

Alhamdulillah dapat sms dari Hidayat PASTI Al-Ikhwan, kato eh PASTI eh nak buek Majlis Maulidurrasul... bagus gitu.. tapi minta maaf le ye... tak dapat datang, ada kat Shah Alam lagi.. apo cerito eh ha... tentu cemerlang, gemilang dan terbilang kan hehe..

Dalam maso samo PASTI Al-Amal buek majlis yang samo jugak.. Penceramah eh Ustaz Suhaizan, Ketua Penerangan DPPP.. bangga raso eh, PASTI berlumba2 nak buek program sebegini.. PASTI2 lain bilo laie.. lawan jangan tak lawan ; )

Pagi2 ahad dapek telepon dari Husaini, minta peruntukan.. peruntukan apo pulak ni, den pengarah PASTI jo bukan Bendahari.. minta sumbangan tabung kebajikan la.. ado pelajar PASTI Al-Hikmah patah kaki.. hah kono copek ni.. copek2 sms kat Kak Rosenadiah, harap2 dio dapek buat tindakan segero yo.. lom dapek maso nak melawat ha..

Ya Allah, Engkau permudahkan urusan adik Amirul Azizi dan keluarganya dan berilah kesabaran serta percepatkan kesembuhan-Mu agar dia cepat kembali menggali hikmah-Mu.. aamin

Destinasi Cinta 2

Salam Destinasi.. banyak yang berlaku seminggu yang berlalu.. ingatkan boleh update selalu, susah jugak ek.. banyak tanggungan..

16 Feb 2010

Program Semanis Ukhuwwah anjuran MGP N. Sembilan. Alhamdulillah dapat hadir merasmikan program tu, dapat bertemu dengan cikgu2 PASTI yang selalu saya sebut "pejuang barisan hadapan".. agak segan jugak kerana terpaksa buat majlis perasmian depan KP, TKP dan SU DPPNS dan SU DMPNS.. tima kasih banyak2 kat mereka atas sokongan tak berbelah bahagi terutama kat KP.. best la KP..

seperti biasa.. masih gagal menyediakan kertas catatan untuk ucapan tu.. tak tau la, memang Allah nak suruh bercakap dari hati kot.. apa yang saya dah cakap ek.. aduhai banyak cakap tentu banyak dosakan.. Ya Allah ampunilah hamba-Mu yang daif ini...

Apa yang pasti cakap tentang pengorbanan cikgu yang setiap hari berkorban demi Islam dan pendidikan Islam, lepas tu hujung minggu kena ikut kursus, program dan banyak lagi.. elaun tak seberapa tapi kerejo eh MasyaAllah.. Wahai guru-guru budiman sekelian, jangan lupa tau, tuntut kat yang Maha Kaya baki elaun tu tau.. (dan jangan saya jugak ye, dapat syafaat sikit2 pun jadi le)

Lepas tu cakap apo lagi ek.. ooo bab serendah-rendah ukhuwwah ialah berbaik sangka.. ha ingat tu nazri.. cikgu jugak.. kalu masih berburuk sangka, maknanya kita masih di tahap PASTI.. jauh sekali nak poi ambik BA atau MA.. takpolah pelan2 k..

Akhirnya raso-raso eh ado buek janji ngan cikgu2 ni.. sebelum ditakdirkan tak bersama PASTI lagi saya kena buat sesuatu untuk cikgu-cikgi ni.. nak buek apo ek.. GAHARU ke, macam susah jo, takpo demi kebajikan cikgu-cikgi ni, saya akan jadikan sebagi keutamaan saya sebelum tertukar jawatan ni.. doakanlah yo, kok gagal jugak, pohon ampun dan maaf yo, kerano kita boleh rancang macam2, Allah yang menentukan betul tak? betul kan kan kan.. ni pun baru 5, 6 helai baco buku GAHARU karangan bekas PJ kito.. kono khatam segera ni..

tu yo kot.. lopeh tu copek2 nak ke Shah Alam.. AKP menunggu dan aku masih tertunggu-tunggu.